.::Pewaris Hakiki::.

.::PETA KE RUMAH PSSCUHNK::.
View Larger Map PSSCUHNK in Google Maps
Lot 2273, Lorong Wakaf Sena , Jalan Pasir Mas Salor, 15100 Kota Bharu, Kelantan.
Email : chkelantan@gmail.com
Atau Klik Disini Untuk Menghubungi Blogmaster
.::SUDUT NIAGA PSSCUHNK::.
Sudut Niaga PSSCUHNK ini diwujudkan untuk memudahkan ahli mengiklankan perniagaan yang diceburi diruangan blog yang disediakan .
Bayaran sebanyak RM5 sebulan akan dikenakan bagi setiap iklan . Sekiranya berminat boleh menghubungi blogmaster atau YDP untuk keterangan lanjut .
Bayaran sebanyak RM5 sebulan akan dikenakan bagi setiap iklan . Sekiranya berminat boleh menghubungi blogmaster atau YDP untuk keterangan lanjut .
(Gambar disediakan)
Pada jam 8.30 malam selepas solat fardu isyak, ahli-ahli PSSCUHNK telah mengadakan majlis Maulidur Rasul yang telah diketuai oleh En. Nik Lokman. Sesudah seleasi majlis ini, ahli-ahli telah dihidangkan dengan hidangan makan malam disertakan dengan alunan musik yang mengasyikkan.
Lebih kurang jam 9.30 malam, YDP PSSCUHNK En. Ahmad Ruzuki telah mengambil alih majlis dengan mengadakan sesi taklimat berkenaan dengan program yang akan berlangsung sepanjang 2010, hal-hal semasa persatuan dan persilatan.
Majlis bagi sesi sebelah malam telah berakhir pada pukul 11.00 malam dan ahli-ahli telah pulang ke bilik dan khemah. Seawal 6.00 pagi selepas solat subuh, ahli-ahli program Hari Keluarga PSSCUHNK telah menyertai program senaman pagi yang diketuai sendiri oleh YDP PSSCUHNK En. Ahmad Ruzuki. YDP juga telah mengambil kesempatan bagi menunjukkan teknik-teknik yang betul dalam persilatan.
Jam 8.30 pagi, sebelum bermulanya sukaneka, peserta-peserta dihidangkan dengan sarapan pagi. Bermula jam 9.30 pagi, program sukaneka telah bermula. Pelbagai permainan antaranya:
- Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak
- Boling kelapa
- Pertandingan rebut kerusi
- Pertandingan "Ayam Laga"
- Pertandingan tiub belon kanak-kanak
- Pertandingan pijak belon
- Pertandingan membuat gubahan
- Pertandingan merebut gula-gula
Program Hari Keluarga ini diteruskan dengan raptai demo silat dan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada peserta-peserta pertandingan diadakan.
Program Hari Keluarga 2010 telah berakhir dengan demo silat yang turut disertai oleh ahli dari Sekolah Menengah Arab Cabang Empat Tumpat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini dan tidak lupa kepada Sinar Harian yang telah hadir bagi membuat liputan. Semoga program seperti ini menjadi tradisi demi untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama ahli. Seandainya ada kesilapan dan kelemahan didalam penganjuran program ini, pihak penganjuran menyusun 10 jari memohon maaf.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.::TAKWIM PSSCUHNK::.
"Masa yang berlalu tidak akan kembali" "Demi masa , sesungguhnya manusia dalam kerugian" ![]() ![]() |
.::Mutiara Kata::.
.::ALBUM PSSCUHNK::.
MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR YM TUAN GURU UTAMA DAN MAJLIS IJAZAH 4,5 OGOS 09
.::SEMBANG CEKAK::.
SILA GUNAKAN RUANGAN SEMBANG CEKAK DILAMAN WEB RASMI PSSCUHNK http://silatcekakkelantan.org TERIMA KASIH
0 komen:
Post a Comment